Asyik perempuan je kan nak bergaya. Perempuan nak lawa boleh la make up, yang kaum adam ni takkan nak boh maskara pulak. Mana tau dengan tips ni crush kau boleh suka kau. Jangan jadi lelaki yang creepy, tu je.

1. Tshirt kena fit on right (bukan ketat kikilala)

Kebanyakan lelaki di luar sana gemar memakai pakai tshirt yang besar, Kalau kau ingat itu buat kau lagi sado, sebenarnya tak. Lagi lagi bahagian lengan! lagi lagi kalau orang kurus pakai, kalau tshirt tu besar, lagi nampak keding kau pakai.

2. Jeans besar dan labuh.

Korang punya jeans pun kena fit on right. Tak boleh terlalu besar dan terlalu skinny. Pakai slim fit jeans, kalau bawah dia still besar, pergi alter la bro! baru RM10 terus boleh upgrade your style.

3. Kemaja besar.

Ye, memang perempuan suka lelaki pakai kemeja roll sleeve semua, tapi kalau kemeja kau besar, tambah lagi kemeja berwarna putih, mmg nampak tak kemas. pergi alter. lebih lebih lagi bahgian bahu dan perut. Bahgian perut tu kena fit sikit supaya bila nak tuck in nampak kemas.

4. Jam Tangan.

Tak pakai jam adalah satu kesalahan besar untuk lelaki. Beli lah satu, yg copy ori pun takpe, bukan org tau. Tapi aku prefer beli minimal watch dulu, leather watch yg simple design. Ini kerana kau boleh gayakan dengan apa apa outfit yang kau ada. Jadikanlah gshock tu sebagai jam 2nd kau.

5. Selipar

Pakai selipar bila keluar untuk first date. Selipar pakai time lepak boleh la. Takkan nak gi tengok wayang pun pakai selipar. Kau tengok mmg biasa, perempuan tengok kau selekeh bro. Perempuan lawa la pakai selipar bila tengok wayang. Tak de orang nak tengok ibu jari kau tu. Pakai la apa apa pun, vans, padin copy ori kau ke, loafers ke, kan lagi lawa dan kemas.

6. Kasut.

Kasut jangan kotor. Lagi pulak kasut putih, nampak kita ni sebagai pengotor. Perempuan tengok tau semua tu, kat kasut lah diorang ni judge kita ni pembersih ke tak.

7. Sneakers.

Jgn selalu sangat pakai sneakers! Ye tak salah pun nak pakai sebenarnya, but at least kita ni ada satu sneakers dan satu dress shoes yg boleh dress up and dress down. Example paling senang loafers la, tu yg famous kat Malaysia kan, sebanrnya banyak lagi boleh pakai dengan jeans

8. Be confidence.

Ni kau mesti kena ada. Cara kau jalan, cara kau bercakap. Macam mana kau tengok perempuan, kau ingat perempuan tak tengok semua tu? Berjalan tu jangan lah tunduk bawah je, confidence sikit bila bertentang mata dengan perempuan.

Tips ni semua tak perlu pun nak ada duit banyak pun sebenarnya. Jeans yg tak fit kau alter je. Tak yah beli baru. Kasut pulak basuh bagi bersih. Yg tak tau nak pakai apa bila nak keluar tu, beli satu koleksi dari BELACU. Banyak koleksi yang korang boleh pilih dan sesuai digayakan di pelbagai acara dan majlis.

Untuk lelaki yang berbadan besar, just pakai baju yg fit. Jangan terlalu besar, just nice je. Fit bukan bermaksud ketat ye, ingat tu.

Btw, maybe ada tips yang membantu and maybe dont. Bukan semua perempuan sama kan, lelaki pun mcm tu, bukan semuanya sama. Its okay, you can try.

It just an opinion, the most important is be yourself and treat your girl nicely. Apa apa pun akan patah balik dekat attitude korang. Caring, jujur, setia tu yg perempuan betul betul nak. Dia dah sayang, kau pakai selipar jamban pun dia okay. Huhuhu

Whatsapp