Kurta Lengan Pendek yang semakin menjadi pilihan.
Anda pengemar baju kurta? sekiranya ya.. inilah lawan web yang anda cari dan terus kan membaca..
Selain baju Melayu, lelaki hari ini gemar menggayakan kurta lengan pendek ini.
Tidak hanya untuk perayaan, mahupun solat Jumaat, kurta lengan pendek sangat sesuai digayakan di setiap acara yang dihadiri. Dari segi potongan yang selesa serta hadir dengan pelbagai corak mahupun rekaan polos yang mudah menarik minat kaum lelaki mengayakan kurta dewasa ini.
Asal usul kurta dan mengapa ia menjadi kegilaan pada kaum lelaki?
Sejarah Baju Kurta
Sebenarnya, fesyen ini merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki di India, Bangladesh, Afghanistan, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka.
Potongan yang biasa dilihat adalah longgar di bahagian bawah dengan labuh yang mencecah lutut. Bagi kaum lelaki di negara-negara yang disebut tadi, baju ini sering dipadankan dengan pajama, salwa, churidar dan juga dhotis. Manakala bagi penggemar kurta di Malaysia pula kebiasaannya dipadankan dengan seluar khakis, slack dan juga jeans dengan potongan slim mahupun skinny.
Maksud dan Istilah.
Perkataan kurta diambil dari bahasa Urdu dan Hindi, namun terlebih dahulu berasal dari bahasa Persia yang merujuk kepada baju tanpa kerah.
Fesyen Kurta.
Tahukah anda, baju ini pernah menjadi kegilaan golongan hippies di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an hingga 70-an suatu ketika dahulu?
Terdapat beberapa jenis baju yang berbeza di antara satu sama lain, misalnya bhopali kurta (dipakai oleh Sultan Jehan Begum pada tahun 1901), dogri kurta, Delhi kurta, punjabi phulkari kurta dan lucknowi kurta.
Di Malaysia rata-rata penggemar fesyen ini sangat mengemari kurta yang diperbuat dari fabrik kapas kerana ia tidak panas, serap peluh, serta mudah dijaga. Fesyen kurta bukan sahaja digemari lelaki dewasa kini malah menjadi pilihan para ibu bapa untuk anak-anak lelaki mereka.
Bagaimanapun, kegilaan kaum lelaki terhadap fesyen ini agak kurang disenangi lagi-lagi kurta lengan pendek oleh beberapa pihak yang mendakwa ia bakal melenyapkan pakaian tradisi lelaki seperti baju Melayu teluk belanga dan juga cekak musang. Malah ada juga yang mengaitkan baju kurta sebagai pakaian Sunnah apabila Nabi Muhammad SAW memotong di bahagian kiri dan kanan bawah baju gamisnya sepanjang satu jengkal untuk menunggang unta. Keadaan itu menjadi ikutan para sahabat Rasulullah atas dasar kecintaan kepadanya malah memudahkan pergerakan mereka dalam menyebarkan dakwah.
Baju Kurta di Malaysia.
Secara umumnya terdapat banyak variasi kurta di malaysia hadir dengan gaya moden seperti kurta lengan pendek, bermotifkan corak cetakan mahupun tenunan. Ada juga yang berteluk belanga dan juga cekak musang serta berlengan sehingga paras siku.
Kami di belacu tidak ketinggalan menawarkan koleksi terkini seperti kurta lengan pendek, rekaan moden yang bercorak, jahitan bertindih yang sesuai dengan lelaki yang gemarkan gaya minimalis serta gaya moden masa kini.
Untuk maklumat tentang produk layari https://belacu.com/products