Sebagai jejaka yang hidup di zaman serba moden anda perlu sedar orang sekeliling memerhati dan menilai anda dari aspek pemakaian like what they always say people do judge you by how you look. Jadi untuk mendapatkan impak first impression yang terbaik anda perlu untuk memberi lebih perhatian dari segi konteks stail fesyen yang dibawa. Tidak kira latar belakang, faktor usia, pekerjaan bahkan ukuran badan kita seharusnya anda perlu tahu sedikit sebanyak tips fesyen untuk kekal up-to-date dan yakin bergaya.

1 . Pastikan ‘Fit’ Always Right

Ini merupakan peraturan utama apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda. Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. Anda perlu tahu ukuran baju mengikut jenis cutting yang bersesuaian dengan anda. Apapun yang penting adalah keselesaan sang pemakai.

2 . Warna Mainkan Peranan Penting

Simple sudah cukup. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pengayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Lebih dari itu, adalah tidak sesuai. Anda pasti tidak mahu dicopkan over the top bukan? Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jeans dilihat antara pilihan terbaik. Sesuaikan warna pakaian dengan keadaan contohnya apabila ke pejabat pakai warna yang lebih lembut dan tidak terlalu striking. Pemakaian baju yang lebih gelap pada musim hujan pula dapat memanaskan badan.

3 . Jangan Terlalu Ikut Trend

Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Setkan dalam kepala anda bahawa tidak semua trend bersesuaian dengan tubuh dan gaya anda. Anda ingat trend itu cool, namun malangnya trend juga boleh merosakkan gaya anda. Pakailah apa saja asalkan ia sesuai dan bersederhana.

4 . Padanan

Ada waktunya pakaian anda tidaklah mahal mana, tetapi tampak simple but still looks classy and expensive. Bagaimana? Senang saja! Anda perlu bijak memadankan pakaian anda tersebut. Sekiranya anda memakai kemeja berbutang kosong yang biasa, cuba padankan dengan seluar khakis mahupun slack, selain seluar jeans. Tidak perlu untuk shopping setiap bulan untuk mendapatkan lebih banyak pilihan, anda cuma perlu lebih kreatif dan sesuaikan pemakaian anda dengan koleksi yang terdapat di dalam wardrobe anda sahaja.


Whatsapp