Baju Kurta Lengan Pendek Pilihan Kaum Adam Diluar Sana Yang Sangat Selesa.

Baju kurta lengan pendek lelaki sedang menjadi trend terkini dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Bukan sahaja hanya untuk digayakan semasa musim perayaan, kurta juga telah menjadi kebiasaan untuk dipakai sewaktu solat Jumaat, ke pejabat serta apa jua majlis sekalipun.

kurta lengan pendek

Bagaimana kurta lengan pendek menjadi popular di Malaysia?

Kalau nak tahu mengenai kurta dengan lebih lanjut, mari baca artikel sehingga habis.

Asal Usul Kurta

Pakaian kurta berasal daripada pakaian gamis yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Mempunyai bahagian lengan yang panjang
  2. Berkolar
  3. Berukuran labuh sehingga ke tengah betis

Pakaian ini amat berkait rapat dengan sejarah Islam. Kurta mula “tercipta” apabila Nabi Muhammad SAW memotong bahagian kiri dan kanan pakaian tersebut sebanyak satu jengkal untuk menunggang unta.

Daripada peristiwa itulah, para sahabat turut mengikuti cara berpakaian Rasulullah atas dasar kecintaan yang tinggi kepada Baginda SAW.

Pakaian tersebut juga telah memudahkan pergerakan mereka untuk menyebarkan dakwah.

Keselesaan Paling Penting Ketika Memakai Kurta

  • Menggayakan kurta dengan pelbagai cara.

Jika dahulu terdapat trend baju Melayu seperti baju Melayu teluk belanga atau cekak musang yang menguasai pasaran. Kini kaum lelaki mempunyai lebih banyak pilihan untuk bergaya.

Ini kerana tidak semua orang suka memakai set baju Melayu sepanjang hari.

Ada yang lebih selesa memakai seluar bersama kurta, lebih-lebih lagi kurta lengan pendek yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia ini.

Jadi, kaum lelaki tidak perlu risau lagi untuk mencari pelbagai jenis kurta dan cara untuk menggayakannya.

Untuk kurta bervariasi moden, ia mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti corak cek, jalur atau kotak yang dicetak atau ditenun.

  • Material fabrik yang tahan lama

Banyak antara variasi ini diperbuat daripada fabrik polyester, satin, cotton dan linen.

Untuk penggunaan yang tahan lebih lama, anda boleh memilih kurta yang diperbuat daripada fabrik import seperti linen, oxford cotton atau pinpoint cotton.

Material fabrik tersebut lebih tahan lama daripada segi fabrik dan warna. Ini membuatkan kurta sangat selesa dan tidak panas berbanding fabrik lain.

  • Jenis kurta “idaman” lelaki

Antara jenis kurta lain yang selalu menjadi sambutan ramai adalah kurta lengan pendek,mempunyai kolar, bercorak; bersulam, dedaun, bunga dan banyak lagi.

Selain kurta bersaiz labuh, ada juga kurta moden yang mempunyai potongan pendek yang bersesuaian untuk tubuh kecil.

Kebiasaannya, potong kurta seperti ini dipanggil sebagai slim fit.

Kurta seperti ini jugalah yang popular serta menjadi pilihan ramai di Malaysia.

Malah, dengan gayanya yang membawa konsep smart kasual, ia juga telah menjadi trend dalam kalangan anak muda.

  • Ciri-ciri kain kurta yang selesa

Pemakaian kurta yang selesa mempunyai ciri-ciri pakaian seperti berikut:

  • Tidak panas
  • Breathable
  • Kain yang lembut

Dengan pemilihan material fabrik yang betul, anda tidak lagi akan berasa rimas atau tidak selesa sepanjang hari.

Kebiasaannya, senario ini sering terlihat ketika menunaikan solat Jumaat dan sesi kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara.

Pilihan Menarik Kurta belacu

Terdapat pelbagai corak baju kurta yang direka khas untuk pilihan kaum lelaki. Berikut merupakan pilihan kurta yang menarik di belacu.

  • Polos (Kurta Linen)
kurta lengan pendek

Uniknya mengenai kurta ini, ia mempunyai poket di bahagian dada baju. Jadi, anda mempunyai extra poket untuk menyimpan barang-barangan kecil seperti pen dan smartphone.

Pakaian kurta Polos ini boleh dibasuh secara soft wash iaitu dengan menggunakan tangan ataupun mesin basuh.

Kurta ini diperbuat daripada material kain linen yang amat bersesuaian dipakai di Malaysia.

  • Kapas (Kapas Linen)

Kurta kapas ini sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. Ia hadir dengan jahitan depan yang bertindih (smart casual).

Setiap kurta lengan pendek dari belacu didatangi dengan pilihan warna yang lembut (pastel) dan menarik. Antara warnanya adalah Nude, Jade dan Electric Blue.

Anda boleh klik pada link ini https://belacu.com/products untuk melihat koleksi yang sedia ada.

Selain itu, koleksi ini juga diperbuat daripada fabrik cotton (100%). Jadi, anda akan berasa selesa dan tidak panas ketika memakai kurta ini.

Anda boleh dapat kurta lengan pendek ini dalam saiz S, M, L dan XL.

Kesimpulannya, pemakaian kurta adalah sangat popular dalam kalangan kaum lelaki. Terutamanya, kaum lelaki yang berusia lingkungan 20-an sehinga 40-an.

Hal ini kerana pemakaian kurta boleh digayakan dengan seluar slack dan jeans.

Sekiranya anda sedang mencari pakaian kurta untuk suami, ayah mahupun adik-beradik lelaki, anda boleh mendapatkannya di belacu.com

Klik sahaja link di bawah ini untuk melihat pilihan kurta yang menarik hanya di belacu.

https://belacu.com/products

Whatsapp