Fabrik linen umumnya banyak digunakan untuk beberapa produk kelengkapan rumah dan juga salah satu pilihan utama dalam pembikinan pakaian dalam industri fesyen.

Antara sebab mengapa fabrik linen menjadi pilihan kebanyakan industri adalah disebabkan oleh jenis kain yang semula jadi serta ringan dan segar yang mana sangat sesuai untuk penampilan kasual.

Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada anda serba sedikit tentang definisi fabrik linen dam cara penjagaan untuk pakaian yang menggunakan kain ini.

kain linen

Apa Itu Fabrik Linen?

Linen adalah kain yang berasal dari pokok Flax yang mana ia hadir dengan serat semulajadi yang kuat dan tahan lama. Secara kasarnya, kain linen seakan sama dengan kain kapas.

Namun, sebenarnya apabila dilihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati kain linen adalah lebih licin dari kain kapas dan serat linen kelihatan seperti tiub telus yang datang dengan garis-garis yang rapat dan saluran pusat yang kecil.

Jika anda membeli pakaian seperti seluar yang diperbuat daripada linen, anda akan mendapati bahawa kain jenis ini memberikan keselasaan yang menyeluruh kerana ia membuat tekstur yang halus dan ringan selain binaannya yang nipis menjadikan ia lebih sejuk dan sangat sesuai untuk dipakai pada musim panas.

Tips Penjagaan Pakaian Jenis Linen

Berikut adalah tiga cara pencucian dan penjagaan pakaian jenis linen supaya ia lebih tahan lama dan tidak rosak.

Basuh Menggunakan Air Sejuk

Sentiasa periksa tag pakaian sebelum mencuci. Sebilangan besar barang linen harus dicuci dalam suhu yang rendah selain menggunakan air sejuk.

Sekiranya pakaian anda tidak terlalu kotor, anda disarankan untuk mencuci dengan tangan atau mencuci pada kitaran cucian yang singkat bagi mengelakkan pakaian anda daripada rosak dan meregang.

kain linen

Elakkan Daripada Meletakkan Kain Linen Di Dalam Pengering

Disebabkan linen dihasilkan daripada serat semula jadi, anda tidak digalakkan untuk mengeringkannya di dalam mesin pengering.

Hal ini kerana, tekstur dan serat kain boleh menyusut dan rapuh jika diletakkan pada suhu panas yang terlalu lama. Banyak pakar industri bersetuju penyusutan berlaku disebabkan oleh serat tidak boleh kembali ke ukuran asalnya kerana celah pada serat kain telah terbuka disebabkan haba yang tinggi.

Sidai Dan Gantung Pakaian Linen

Pastikan anda mengeringkan pakaian linen pada pemukaan yang rata untuk mengelakkan kedutan menjadi lebih teruk. Gunakan penyangkut kain boleh mengelakkan daripada fabrik linen anda daripada berubah bentuk selain mengurangkan risiko renyuk daripada kekal.

Semasa saterika juga, anda disarankan unruk letakkan kain di antara pakaian linen supaya pakaian anda tidak rosak dan mengelakkan haba panas daripada terkena secara langsung pada baju.

Akhir sekali, amat penting untuk memeriksa dan mengikuti label yang dikeluarkan oleh pengeluar pakaian anda. Melaluinya, ia dapat membantu mengurangkan kemungkinan kain linen akan daripada mengecut dan rosak secara kekal.

Whatsapp