Buat lelaki, fesyen itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi seorang lelaki, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu galak atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa.

Setiap lelaki semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam gerobok fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman. Berikut adalah senaraikan 10 item fesyen lelaki yang mesti ada.

1.Kemeja Putih Berbutang

Mengenakan kemeja putih berbutang tidak akan pernah buatkan anda lari dari tema. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki.

2.Kasut Hitam

Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk penggayaan kasual mahupun formal. Jeans, celana panjang khakis, segalanya sesuai untuk dikenakan bersama. Cuma yang penting pastikan kualiti kasut hitam tersebut adalah terbaik kerana pastinya anda akan menggunakannya agak lama.

3.Sneakers Putih

Ianya sesuai untuk penggayaan kala ke gim, kasual, kembara mahupun kala berjalan santai. Pilih sneakers putih yang stail dan tahan lasak serta selesa.

4. Tali Leher Hitam

Ianya antara item fesyen yang lelaki mesti ada. Ini kerana ianya mampu mengubah rupa dan gaya seseorang lelaki dalam sekelip mata biarpun anda menggunakan sut dan kemeja yang sama setiap kali.

5.Blazer Biru

Jika rutin harian menghalang anda untuk mengenakan sut, blazer biru adalah pilihan dari gerobok fesyen yang boleh anda gunakan kerana ianya akan membuatkan penampilan anda tampak kasual segak. Ianya helaian utama yang boleh anda suai padan dengan ceraian fesyen yang lain.

6.Jaket Kulit

Jaket kulit merupakan elemen yang penting dan sangat fleksibel setiap lelaki perlu ada dalam almari pakaian mereka kerana ia boleh dipakai dengan ceraian fesyen yang lain seperti Jeans dan kemeja-T.

7.Tali Pinggang

Ianya adalah aksesori praktikal dan amat disarankan dalam almari pakaian mana-mana lelaki sekalipun. Trending terkini anda juga boleh menggantikannya dengan tali yang versatil dan khas untuk pengganti tali pinggang. Ia akan lebih tampak retro pada stail.

8.Jam

Setiap gaya lelaki akan secara automatik kabur jika pilihan jam yang salah untuk dipadankan bersama penampilan harian. Lelaki memerlukan jam tangan yang berkualiti dan penuh gaya. Ianya item penting dalam gerobok fesyen lelaki yang boleh bertahan bertahun-tahun. Pilihan jam tangan yang mewah dan versatil akan membuatkan penampilan seseorang lelaki lebih maskulin dan ianya boleh menonjolkan personaliti seseorang itu.

9.Sut berona kelabu atau biru Navy

Setiap lelaki perlu ada sut berkualiti tinggi berona kelabu atau biru Navy, dengan bercirikan dua butang, jahitan yang sempurna dan eksklusif serta adalah lebih baik jika ianya dihasilkan dari material berjenis kapas halus. Rona kelabu dan biru Navy sememangnya sesuai untuk digayakan kala ke majlis perkahwinan dan majlis rasmi yang seakan.

10.Kemeja-T Putih

Ianya wajib bagi setiap lelaki untuk mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kemeja-T putih dalam gerobok fesyen mereka. Anda boleh pilih pelbagai pilihan potongan di bahagian leher yang anda sukakan dan sesuai dengan diri anda.

Whatsapp